Welcome to my Blog

Create your own fancy glitter text!

Saturday, September 12, 2009

KANAK-KANAK DI MASJID

Saya mula bersembahyang tarawih pada 18 Ramadhan. Malam pertama di masjid, saya perhatikan beberapa orang kanak-kanak dan orang dewasa bercerita-cerita di luar masjid.

Apabila azan Isya' dilaungkan, masih terdapat beberapa orang bercakap-cakap di dalam dan di luar masjid; kanak-kanak lelaki dan perempuan dengan kawan masing2 berbuat bising. Seharusnya apabila azan dilaungkan, kita sebagai orang Islam, beriman dan dewasa, sepatutnya hormat dan jawab panggilan azan tersebut, dan menjadi contoh kepada kanak-kanak yang datang ke masjid. Berulang-ulang kali disebarkan tentang pentingnya berdiam ketika azan dilaungkan. Dikatakan bahawa, "Sesiapa yang bercakap-cakap ketika azan dilaungkan, Allah akan kelukan lidahnya daripada mengucap "LAAILAAHA ILLAALLAAAH" ketika nyawa nya di cabut."

Yang saya ingin tekankan di sini ialah : Manakah ibubapa kanak-kanak yang membuat bising ketika orang lain sedang bersembahyang? Kenapa dibiarkan kanak-kanak itu bersendirian dengan kawan-kawan mereka? Pada mulanya, kenapalah dibawa kanak-kanak itu kalau tidak dapat dilarang?

Imam yang bertugas juga tidak mengambil berat tentang perkara tersebut. Sepatutnya, imam itu mesti tegas menegur ibubapa yang ada membawa anak-anak mereka ke masjid supaya jangan biarkan mereka berbuat bising atau berlari-lari di dalam dan di luar masjid. Salahkah jika imam itu tegas? Kadang-kadang terdapat ibubapa yang tidak dapat terima teguran, dan ini mejadikan mereka marah dan melawan.

KETAHUILAH : Masjid adalah tempat beribadat bukan tempat bermain!

No comments: